Labuan adalah salah satu pintu masuk utama ke Malaysia Timur. Ia adalah sebuah wilayah bebas cukai kerajaan persekutuan, jadi beberapa barangan pengguna di sana adalah lebih murah berbanding tempat lain. Banyak kapal pelbagai saiz berlabuh di Labuan kerana nama itu sendiri berasal dari labuhan perkataan Melayu yang bermaksud pelabuhan.
Saya selalu menjadikan Labuan sebagai transit sebelum berlepas ke Kuala Lumpur atau pulang ke rumah saya di Limbang, Sarawak. Walau bagaimanapun, saya belum pernah benar-benar meneroka pulau itu kerana hanya sempat melawat kawasan bandar utama di mana anda boleh membeli cenderamata, paling femes variasi produk coklat pada harga yang lebih murah. Minuman beralkohol tak payah sebut, memang merata tempat dijual.
Rancangan yang sudah berusia setahun untuk meneroka pulau itu dengan basikal sempat saya laksanakan Jumaat lepas. Saya membawa basikal sendiri dari Limbang.
Anda boleh pergi ke Labuan dari Limbang dengan menaiki feri penumpang yang bertolak dua kali sehari pada pukul 8:00 pagi dan 2.30 petang. Tambangnya ialah RM15 bagi penduduk tempatan dan RM30 untuk warga asing. Kami juga pernah membayar RM30 untuk perjalanan sehala tetapi kerajaan memberikan subsidi tambang beberapa tahun yang lalu untuk menggalakkan pelancongan dan perniagaan tempatan.

Saya tiba di Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada jam 10:00 pagi. Terdapat feri ke Brunei, Kota Kinabalu, Menumbok dan Lawas juga. Anda juga boleh menaiki bot laju ke Sipitang dan Menumbok. Anda boleh menyewa kereta atau basikal di terminal. Harga sewa basikal adalah RM3 untuk satu jam atau RM20 untuk sehari tetapi saya sudah mempunyai basikal. Saya mengambil masa satu jam untuk mempersediakan basikal untuk tour kali ini.
Saya mula berbasikal pada jam 11:00 pagi apabila hari bertukar mendung. Rancangan saya adalah berbasikal mengikut arah jam bermakna pemandangan laut akan berada di sebelah kiri saya.
Tidak ada laluan basikal yang disediakan kecuali lorong kecemasan di tepi jalan. Walau bagaimanapun ada masanya di mana saya terpaksa menggunakan laluan pejalan kaki yang tidak berturap di tepi jalan apabila tidak ada lorong kecemasan disediakan. Cabaran pertama yang saya hadapi adalah lalu lintas yang sibuk di bandar.
Saya melalui perkampungan air Kampung Patau-Patau 2 & 1 di mana rumah-rumah dibina betul-betul di atas air. Terdapat penginapan homestay di sana di mana anda boleh mengalami gaya hidup tempatan.
Masalah kedua adalah tayar depan pancit sewaktu melalui jalan pejalan kaki yang tidak berturap. Ia mengambil masa hampir sejam menukar tiub dan kembali mengayuh di jalan raya kerana saya ada masalah dengan pam yang baru dibeli.
Jalan raya menjadi kurang sibuk setelah memasuki jalan ke kawasan luar bandar. Destinasi saya untuk hari pertama adalah Pantai Panchor Hitam di Kampung Pohon Batu. Saya menggunakan laluan yang paling panjang kerana saya mahu melihat lebih banyak tempat-tempat di sepanjang perjalanan.
Saya berhenti di sebuah tokong Buddha besar di tepi jalan dan sempat mengambil 2-3 gambar sebelum dua anjing di tokong itu mula menyalak untuk memberi amaran kepada mana-mana penceroboh. Saya sudah menetapkan tripod untuk mengambil gambar tetapi terpaksa cabut.
Perhentian seterusnya adalah Taman Ekologi Bakau Kina Benuwa, Terminal Gas Petronas dan Kampus Antarabangsa Labuan UMS. Terdapat sebuah restoran di tepi sungai yang indah di sungai Kina Benuwa. Kampus universiti pula terletak di tepi pantai dan pelajarnya bernasib baik untuk mempunyai pantai berpasir putih dan pemandangan laut yang indah.
Selepas rehat tengah hari, perjalanan adalah kurang memenatkan kerana saya benar-benar menikmati pemandangan pantai yang indah. Jalan itu dibayangi oleh pokok-pokok rendang. Banyak bot nelayan dibiarkan tersadai di pantai. Anda boleh makan di gerai-gerai yang baik di sepanjang jalan.
Kemudian, saya melalui sebuah pekan kecil, Layang-Layangan tetapi tidak berhenti rehat kerana destinasi sebenar masih beberapa kilometer di hadapan. Lebih-lebih lagi, ia sudah 4:00 petang dan saya perlu mendirikan khemah. Tetapi, ada tempat-tempat bersejarah yang terkenal di sana; Surrender Point dan Taman Damai Labuan.
Akhirnya, saya tiba di Pantai Panchor Hitam. Saya tidak pernah terfikir ia akan menjadi pantai paling panjang yang pernah saya lawati. Pokok She-oak atau ru tumbuh di sepanjang pantai. Ia mewujudkan adegan yang indah dan rasa seperti berada dalam filem drama desa/ countryside.
Infrastruktur rekreasi telah dibina di bawah pokok-pokok. Terdapat laluan pejalan kaki, bangku, meja berkelah dan pondok untuk kegunaan awam. Saya boleh memberi anda idea bagaimana keadaan tempat itu sebenarnya dengan membahagikannya kepada beberapa lapisan; laut, pantai berpasir, pokok she-oak, jalan raya dan rumah-rumah penduduk setempat. Ia merupakan destinasi yang sempurna untuk merehatkan minda dan badan anda sambil menikmati pemandangan yang indah.
Saya mendirikan khemah di lokasi sesuai di tepi pantai di bawah pokok-pokok ru kemudian, berbasikal semula ke gerai-gerai tepi pantai yang dilalui tadi. Gerai-gerai tersebut adalah salah satu kemudahan di pantai dan dibayangi oleh pokok-pokok besar. Saya memesan air kelapa, Milo ais dan nasi goreng ayam serta mi goreng untuk supper nanti. Makanan tidaklah begitu sedap tetapi saya benar-benar menikmati minuman yang dihidangkan.
Saya melipat basikal dan memasukkannya ke dalam kemah. Malam tu sungguh berangin, jadi tidak boleh menyediakan unggun api dan angin sentiasa bertiup sepanjang malam. Seolah-olah kereta lumba sedang memecut laju ketika pokok she-oak ditiup angin pantai.
Pandangan pada waktu senja sungguh cantik dan beberapa penduduk kampung masih menuntul (mencari tuntul, spesies siput) di pantai.
Perjalanan hari ni sejauh 32 km, tidak sampai separuh jumlah perjalanan yang saya boleh buat dalam satu-satu hari. Paling jauh pernah saya lalui dalam sehari adalah 95 km, mengambil masa 12 jam dari Limbang ke Merapok.
Saya mula berbasikal pada jam 11:00 pagi apabila hari bertukar mendung. Rancangan saya adalah berbasikal mengikut arah jam bermakna pemandangan laut akan berada di sebelah kiri saya.
Tidak ada laluan basikal yang disediakan kecuali lorong kecemasan di tepi jalan. Walau bagaimanapun ada masanya di mana saya terpaksa menggunakan laluan pejalan kaki yang tidak berturap di tepi jalan apabila tidak ada lorong kecemasan disediakan. Cabaran pertama yang saya hadapi adalah lalu lintas yang sibuk di bandar.
Saya melalui perkampungan air Kampung Patau-Patau 2 & 1 di mana rumah-rumah dibina betul-betul di atas air. Terdapat penginapan homestay di sana di mana anda boleh mengalami gaya hidup tempatan.
Masalah kedua adalah tayar depan pancit sewaktu melalui jalan pejalan kaki yang tidak berturap. Ia mengambil masa hampir sejam menukar tiub dan kembali mengayuh di jalan raya kerana saya ada masalah dengan pam yang baru dibeli.
Jalan raya menjadi kurang sibuk setelah memasuki jalan ke kawasan luar bandar. Destinasi saya untuk hari pertama adalah Pantai Panchor Hitam di Kampung Pohon Batu. Saya menggunakan laluan yang paling panjang kerana saya mahu melihat lebih banyak tempat-tempat di sepanjang perjalanan.
Saya berhenti di sebuah tokong Buddha besar di tepi jalan dan sempat mengambil 2-3 gambar sebelum dua anjing di tokong itu mula menyalak untuk memberi amaran kepada mana-mana penceroboh. Saya sudah menetapkan tripod untuk mengambil gambar tetapi terpaksa cabut.
Perhentian seterusnya adalah Taman Ekologi Bakau Kina Benuwa, Terminal Gas Petronas dan Kampus Antarabangsa Labuan UMS. Terdapat sebuah restoran di tepi sungai yang indah di sungai Kina Benuwa. Kampus universiti pula terletak di tepi pantai dan pelajarnya bernasib baik untuk mempunyai pantai berpasir putih dan pemandangan laut yang indah.
Selepas rehat tengah hari, perjalanan adalah kurang memenatkan kerana saya benar-benar menikmati pemandangan pantai yang indah. Jalan itu dibayangi oleh pokok-pokok rendang. Banyak bot nelayan dibiarkan tersadai di pantai. Anda boleh makan di gerai-gerai yang baik di sepanjang jalan.
Kemudian, saya melalui sebuah pekan kecil, Layang-Layangan tetapi tidak berhenti rehat kerana destinasi sebenar masih beberapa kilometer di hadapan. Lebih-lebih lagi, ia sudah 4:00 petang dan saya perlu mendirikan khemah. Tetapi, ada tempat-tempat bersejarah yang terkenal di sana; Surrender Point dan Taman Damai Labuan.
Akhirnya, saya tiba di Pantai Panchor Hitam. Saya tidak pernah terfikir ia akan menjadi pantai paling panjang yang pernah saya lawati. Pokok She-oak atau ru tumbuh di sepanjang pantai. Ia mewujudkan adegan yang indah dan rasa seperti berada dalam filem drama desa/ countryside.
Infrastruktur rekreasi telah dibina di bawah pokok-pokok. Terdapat laluan pejalan kaki, bangku, meja berkelah dan pondok untuk kegunaan awam. Saya boleh memberi anda idea bagaimana keadaan tempat itu sebenarnya dengan membahagikannya kepada beberapa lapisan; laut, pantai berpasir, pokok she-oak, jalan raya dan rumah-rumah penduduk setempat. Ia merupakan destinasi yang sempurna untuk merehatkan minda dan badan anda sambil menikmati pemandangan yang indah.
Struktur tidak bernama di pantai tu |
Saya melipat basikal dan memasukkannya ke dalam kemah. Malam tu sungguh berangin, jadi tidak boleh menyediakan unggun api dan angin sentiasa bertiup sepanjang malam. Seolah-olah kereta lumba sedang memecut laju ketika pokok she-oak ditiup angin pantai.
Pandangan pada waktu senja sungguh cantik dan beberapa penduduk kampung masih menuntul (mencari tuntul, spesies siput) di pantai.
Perjalanan hari ni sejauh 32 km, tidak sampai separuh jumlah perjalanan yang saya boleh buat dalam satu-satu hari. Paling jauh pernah saya lalui dalam sehari adalah 95 km, mengambil masa 12 jam dari Limbang ke Merapok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan