Saya bangun pada 5:30 pagi. Hujan renyai-renyai sejak awal pagi lagi dan benar-benar sejuk. Tetapi, saya mengerah badan untuk berjalan kaki ke pantai dan membersihkan badan. Saya menggigil di kala angin bertiup. Kemudian, makan sarapan dengan dua biji telur rebus dan air kosong. Saya tak bawa stove untuk mengurangkan beban dan menjimatkan ruang beg pannier yang terhad.
Saya mengemas semua barang dan memuatkannya ke dalam beg pannier. Rancangan untuk hari tu ialah untuk kembali ke bandar melalui laluan pantai alternatif untuk melengkapkan tour mengelilingi pulau. Baru mengayuh selama 10 minit, mula lah hujan lebat. Saya berteduh di perhentian bas dan menunggu hujan berhenti. 30 minit kemudian, saya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan meredahi hujan memikirkan ia akan hujan sepanjang hari.
Mercu tanda pertama yang dilalui adalah Palm Beach Resort & Spa. Jalan raya mula mendaki dan saya terpaksa menolak basikal. Beberapa minit kemudian satu lagi mercu tanda dapat dilihat dari jauh, monumen Chimney.
Kemudian saya tiba di hadapan Taman Burung Labuan. Perjalanan telah terhenti oleh anjing yang menyalak dari perhentian bas seratus meter di hadapan. Lagi! Jalan raya sangat mendaki menghalang untuk membuat pecutan. Hari sebelumnya saya berhenti tiga kali kerana anjing menyekat jalan dan menyalak. Saya hanya mampu menunggu sehingga anjing-anjing tu berlalu pergi.
Tetapi pada hari kedua, saya belajar silap mata dari seorang pekerja wanita di taman burung. Dia memberitahu untuk menolak basikal perlahan-lahan dan membawa kayu ketika berjalan di depan anjing itu dan saya bejaya tanpa sebarang kecederaan. Anjing tu hanya menyalak semasa saya menolak basikal di hadapannya. Saya pernah dikejar oleh anjing semasa berbasikal di Kuala Penyu, Sabah.
Beberapa minit kemudian, perjalanan berhenti di Muzium Chimney dan berjalan terus ke tugu Chimney membawa Canon EOS M. Tiada bayaran masuk dikenakan. Saya tidak masuk ke dalam bangunan muzium kerana pakaian yang basah kuyup.
Tugu yang dikenali sebagai Chimney adalah salah satu mercu tanda bersejarah yang terkenal dan unik di Labuan. Menara bata merah itu dipercayai dibina pada awal 1900-an apabila perlombongan arang batu berada di kemuncaknya di Tanjung Kubong di bawah pentadbiran British North Borneo Chartered Company. Tujuan tepat dan fungsinya masih tidak diketahui sehingga hari ini.
Jalan raya selepas itu mula turun dan kembali menjadi jalan pantai. Saya dapat melihat tanah besar di sebelah kiri. Seberang sana adalah daerah Menumbok, Sabah. Beberapa kumpulan berbasikal lebuhraya memintas saya. Mungkin itu adalah aktiviti rekreasi mereka di hujung minggu dengan mengelilingi Labuan dalam tempoh yang singkat.
Anjung Ikan Bakar |
Anjung Ketam |
Satu papan tanda besar di tepi jalan menandakan satu simpang ke restoran tetapi anda tidak dapat melihat restoran dari jalan raya.
Jalan raya menjadi lebih sibuk kerana saya kembali memasuki kawasan bandar. Lapangan Terbang Labuan di sebelah kiri saya menandakan bahawa saya telah memasuki kawasan bandar. Apabila anda berbasikal di bandar, sila peka dengan persekitaran anda terutama apa yang ada di belakang. Kebanyakan pemandu akan menyedari kehadiran penunggang basikal di hadapan, tetapi malang tidak berbau. Berhati-hati.
Destinasi saya adalah Taman Peringatan Perang aka Tanah Perkuburan Perang Labuan. Hujan masih turun renyai-renyai. Saya adalah satu-satunya pelawat ketika tu dan mula berasa hiba tertanya-tanya apakah yang pernah dilakukan askar-askar itu ketika masih hidup. Kemudian bunyi nyaring datang dari atas ketika dua jet Tentera Udara terbang di atas tanah perkuburan. Di tanah perkuburan tersebut telah bersemadi 3908 tentera ANZAC dan sebilangan penduduk tempatan dari era Perang Dunia II.
Terdapat buku daftar Memorial dan Perkuburan di dinding struktur di sana.
It is the only war cemetery in North Borneo and contains, as well as the graves from Sandakan, about 500 from Kuching where there was another large prisoner of war camp. The total number of burials is 3,908. The large number of unidentified graves is due to the destruction of all the records of the camps by Colonel Suya, the Japanese commandant, before the Australians reached Kuching, his headquarters. When apprehended, Suya committed suicide rather than face questioning on his conduct of the Borneo camps.
Sudah 11:00 pagi dan menyedari bahawa saya akan sempat menaiki feri ke Limbang pada pukul 2:00 petang. Rancangan asal saya adalah untuk tinggal di Labuan semalam lagi kerana saya jangka akan menamatkan tour itu lewat petang.
Terminal Feri Antarabangsa Labuan terletak hanya kira-kira 3 km dari tanah perkuburan itu. Beberapa tempat menarik dalam perjalanan adalah Financial Park aka Ujana Kewangan dan Dataran Labuan (Dataran Labuan).
Labuan Square |
Terminal Feri Antarabangsa Labuan terletak hanya kira-kira 3 km dari tanah perkuburan itu. Beberapa tempat menarik dalam perjalanan adalah Financial Park aka Ujana Kewangan dan Dataran Labuan (Dataran Labuan).
Jumlah jarak yang saya lalui hari ini adalah 22 km bermakna jumlah keseluruhan jarak mengelilingi Pulau Labuan adalah 54 km. Boleh saja kalau nak buat dalam masa 1 hari sahaja. Tapi tujuan adalah untuk menikmati permandangan sepanjang perjalanan. Buat 2 hari lagi bagus.
Baca selanjutnya di sini untuk hari pertama